16 Feb 2015
Pemegang konsesi bagi projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex)
menegaskan bahawa mereka masih mempunyai masa untuk memenuhi syarat yang
ditetapkan dalam kontrak projek tersebut.
Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Mohd Nor Idrus berkata mereka juga akan terus berbincang dengan kerajaan negeri Selangor, susulan pengumuman pembatalan projek berkenaan.
“Kami ingin nyatakan bahawa tempoh syarat duluan (CP) seperti yang ditakrif dalam perjanjian konsesi (CA) dilanjutkan lagi selama sembilan bulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, tempoh lanjutan tersebut bermula pada 15 Februari lalu dan akan tamat pada 14 November 2015.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment