Tuesday, February 17, 2015

Tok Pa elak ulas kritikan PERKASA

6 Feb 2015
Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed mengelak daripada mengulas kritikan PERKASA terhadapnya apabila menyatakan hasrat tidak bertanding di kerusi dikosongkan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mustapha yang lebih dikenali sebagai Tok Pa malah bertanya kembali kepada pemberita berhubung perkara itu apabila diminta mengulas kenyataan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali itu.

“Betul ke dia (Ibrahim) kata macam itu? Bila dia kata macam itu?” soalnya.

Beliau bagaimanapun berkata kenyataannya sebelum ini bersifat peribadi dan urusan sama ada bertanding atau tidak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bergantung kepada maklum balas semua peringkat.

“Ada beberapa proses yang saya nak jelaskan, (termasuk) mengadakan pertemuan dengan Umno bahagian Pengkalan Chepa (parlimen bagi Chempaka).

“Saya kena adakan mesyuarat dengan badan perhubungan (Kelantan) dan angkat perakuan dari pengerusi tertinggi BN dan (sekarang) semua masih belum diputuskan lagi,” katanya di Kuala Lumpur.

Kerusi Chempaka dikosongkan apabila Nik Aziz meninggal dunia Khamis lepas akibat barah prostat.

Mustapha pada mulanya mencadangkan BN tidak menyertai pilihan raya kecil di situ bagi memberi tumpuan kepada usaha pemulihan banjir oleh pusat dan negeri. 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment