Saturday, February 14, 2015

Pegawai Keretapi Dipecat Kerana Makanan Tidak Enak

13/2/15

Seorang pegawai keretapi di England dipecat kerana berkata jujur ketika berbicara dengan penumpangnya.
Seperti dilansir Daily Mail, Khamis (12/2/2015), Mark Doughty, seorang pekerja katering keretapi dipecat setelah memberi tahu buruknya kualiti makanan.

Insiden ini terjadi ketika dia sedang melayani penumpang keretapi  route Edinburg menuju London. Seorang penumpang di kelas eksekutif mengeluhkan daging panggang yang kurang panas dan tidak enak seperti biasanya.

Douhghty mengatakan kepada penumpang tersebut  yang memasak daging tersebut bukan chef, tetapi pegawai katering yang tidak boleh memasak dengan enak.
Penumpang tersebut melaporkan kepada pihak perusahaan keretapi tentang makanan yang dia terima. Pihak pengurusan yang tidak terima akan penjelasan Doughty memutuskan untuk memecatnya kerana dianggap merosak nama baik perusahaan.
Teman-teman Doughty pun menolak pemecatannya. Mereka menganggap pada ketika insiden terjadi sang chef sedang sakit sehingga pegawai katering yang mengambil tugas untuk memasak.
Sumber: vivaNews 

No comments:

Post a Comment