Sunday, February 22, 2015

Pengantin berkahwin dengan tetamu undangan kerana mempelai jatuh pengsan

22/2/15

Pengantin India malah nikahi tamu undangan saat ijab kabul
Ilustrasi pengantin. ©Shutterstock.com/Univega 
 Pengantin perempuan asal India bernama Indira, 23 tahun, mengahwini tetamu undangan ketika ijab kabul pernikahan kerana mempelai lelaki,Jugal Kishore jatuh pengsan dan terpaksa dikejarkan  ke rumah sakit.

Kesal kerana dia tidak diberitahu kondisi calon suaminya, Indira meminta salah seorang keluarga suaminya, Harpal Singh, mengahwini dia, seperti dilansir akhbar the Daily Mail, Jumaat (20/2).

Singh, yang ketika itu hanya memakai seluar jins dan jaket kulit, akhirnya setuju.

Menurut laporan the Times of India, Kishore kemudian kembali ke lokasi perayaan nikah dan mendapati calon isterinya sudah menikah dengan orang lain.

Kishore kemudian memohon kepada Indira untuk mempertimbangkan keputusannya. Dia mengatakan tidak sanggup menanggung malu keluarga dan teman-teman akibat kejadian itu.

Ketika Indira menolak, dua keluarga itu akhirnya bertengkar di lokasi resepsi dan saling melempar piring.

Kishore dan keluarga lalu melapor kepada polis dan mengajukan saman tapi kemudian mereka membatalkannya.

"Dua keluarga sudah menyelesaikan masalah mereka. Kishore dan keluarganya sudah membatalkan tuntutan. Mereka kini sudah kembali ke Moradabad dalam damai," kata Ketua Polis  RP Solanki.
Sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment