Nik Nazmi (dua, duduk, kanan), dalam Sidang Media di Ibu Pejabat PKR, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN
 
  •  Nik Nazmi (dua, duduk, kanan), dalam Sidang Media di Ibu Pejabat PKR, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN
PETALING JAYA - PKR menafikan upacara 'candlelight vigil' atau berhimpun bersolidariti sambil menyatakan lilin di hadapan Penjara Sungai Buloh yang bermula malam semalam tidak berniat untuk melakukan upacara keagamaan selain Islam.
Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, usaha mereka berhimpun sambil memegang lilin adalah semata-mata untuk menunjukkan solidariti terhadap pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bagi saya soalannya mudah, orang hanya mahu melahirkan tanda sokongan, kita pun bagi nama solidariti dan kita bukan tanda kita sembah (agama lain) atau melakukan upacara keagamaan.

"Kita hendak melahirkan sokongan dan itulah pilihan anak-anak muda, jadi selagi mana tahu niat kita dan kita menggunakan acara itu benda lain, bagi saya tidak timbul isu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan penyokong yang berhimpun di hadapan Penjara Sungai Buloh malam semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Cahaya lilin solidariti di Penjara Sungai Buloh]
Seramai 300 penyokong pembangkang berkumpul sambil memegang lilin menunjukkan tanda solidariti terhadap Anwar.

Beberapa pemimpin PR turut sama memberikan ucapan antaranya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Mohd Nasaie Ismail dan anak ketiga Anwar, Mohd Ehsan.