
Tapak kedua yang akan disusuli dengan tapak-tapak seterusnya.
KUALA LUMPUR:
"Dua minggu lebih yang agak sibuk dengan persiapan teknikal Perumahan
Rakyat Budiman, sebuah projek membina rumah kekal buat mangsa banjir,"
kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.
Rupanya, kata beliau banyak perkara perlu dipertimbangkan demi mencapai mutu pembinaan yang baik.
Jelasnya, rumah perintis di Kampung Temian, Manek Urai dipantau
dengan begitu teliti aspek pembinaannya semenjak awal yang kini semua
pihak berpuas hati.
"Kami akan meneruskan dengan pembinaan 15 buah rumah budiman selaras
dengan jumlah sumbangan terkumpul setakat ini," tulis beliau menerusi
facebook.
Beliau juga memohon maaf kepada para penyumbang kerana sedikit
terlewat memulakan proses pembinaan rumah seterusnya kerana aspek
teknikal tadi.
Menurut
Suhaizan, bilangan rumah yang mampu dibina oleh pihaknya bergantung
kepada sumbangan yang masuk ke Tabung Kemanusiaan Pemuda (Maybank) 5640
2540 0100.
Beliau berharap semoga segalanya berjalan lancar. - HARAKAHDAILY 3/2/2015
No comments:
Post a Comment