Saturday, February 28, 2015

'Ugut tangkap Zunar lagi' kerana kartun Ros

28 Feb 2015 
Pihak polis sekali lagi cuba untuk menangkap kartunis Zunar, kali ini berhubung kartun politiknya bertajuk 'Ros in Kangkung Land'.

Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, berkata sekumpulan 20 anggota polis dari Balai Polis Brickfields "mengugut" untuk menangkap beliau hari ini.

Kartunis itu berada di pelancaran semula buku tersebut di Brickfields pagi ini apabila polis muncul.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata polis memberitahunya mereka mahu menangkapnya dan merampas bukunya kerana acara itu tidak mempunyai permit.

"Tetapi saya memberitahu mereka bahawa tidak ada keperluan untuk mendapatkan permit kerana acara ini diadakan di premis persendirian," katanya.
Malaysiakini

1 comment: