SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengecam tindakan
polis menahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana
jelas ia melanggar Perlembagaan.
Menurut Azmin, tindakan itu bermotifkan politik kerana tiada sebab menerusi perundangan Nik Nazmi dan Saifullan Zulkifli ditangkap dan ditahan.
"Nik Nazmi hadir secara sukarela ke Balai Polis untuk memberi keterangan dan memberi kerjasama kepada polis.
"Sekiranya polis mahu mengambil keterangan, tidak wajar beliau ditahan semalaman," katanya dalam satu kenyataan media, berhubung penahanan Exco itu berkaitan siasatan himpunan rakyat di ibu negara kelmarin.
[ARTIKEL BERKAITAN: #kitalawan: Nik Nazmi ditahan bantu siasatan]
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu berkata, polis sepatutnya membebaskan Nik Nazmi dengan segera dan tanpa syarat.
Malah katanya, tindakan polis mencabul kedaulatan undang-undang dan tangkapan dan penahanan itu juga tiada asas undang-undang.

No comments:
Post a Comment