Wednesday, March 4, 2015

Chempaka: 3 nama dicalonkan bukan anak Tok Guru

  .


KOTA BHARU: PAS Kelantan akan mengumumkan nama calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka pada 8 Mac ini.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tiga nama yang disenarai pendek telah dihantar kepada PAS Pusat untuk penilaian terakhir.

"Ketiga-tiga nama itu adalah anak tempatan Dun Chempaka. Mereka terdiri daripada golongan ulama dan profesional.
“Pengumuman nama calon mewakili PAS bagi mempertahankan Dun Chempaka akan dibuat di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik),” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco di di Kota Darulnaim hari ini.

PRK Dun Chempaka akan diadakan pada 22 Mac ini berikutan penyandangnya Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 12 Februari lepas akibat kanser prostat.

Penamaan calon pula akan diadakan pada 10 Mac ini. Tok Guru menang di Dun berkenaan dengan majoriti 6,500 undi.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, ketiga-tiga nama tersebut bukan anak Allahyarham Tok Guru. - HARAKAHDAILY 4/3/2015

No comments:

Post a Comment