
Tuan Guru di Masjid Nabawi, Madinah sebelum menuju ke Masjidil Haram, Mekah untuk menunaikan umrah. (Foto fb Tuan Guru)
KUALA LUMPUR: Dua kenyataan rasmi yang dikeluarkan atas nama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini adalah palsu.
Perkara itu dimaklumkan menerusi facebook beliau.
(Admin): Sukacita dimaklumkan Tuan Guru Presiden PAS kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Ibadat Umrah. Dengan ini dimaklumkan bahawa kenyataan media yang dikeluar pada hari ini 6 Mac 2015 adalah palsu.

(Admin): Satu lagi kenyataan palsu dari mereka yang tidak bertanggungjawab.

No comments:
Post a Comment