Saturday, March 7, 2015

Guan Eng sudah maklum saya kata Azizah

Sinar Harian
PETALING JAYA - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah mengesahkan sudah dimaklumkan sendiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai ketidakhadiran pemimpin negeri itu ke himpunan #KitaLawan yang berlangsung petang ini.

Menurut Wan Azizah, Setiausaha Agung DAP itu tidak menghalang mana-mana pemimpin DAP yang berkelapangan untuk turut serta dalam himpunan tersebut.

"Saya mendapat panggilan telefon daripada Lim Guan Eng. Itu tidak (seperti) apa yang dikatakan (Guan Eng larang pemimpin DAP sertai himpunan).

"Dia kata bahawa dia telah mengatur program beri bantuan kepada warga emas, itu sahaja. Sesiapa yang 'free' boleh datang.

"Mana-mana yang terikat dengan program itu terpaksalah memberikan (menyampaikan) sumbangan kepada warga emas," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan berkata, wakil rakyat Pulau Pinang diarahkan supaya tidak menyertai perhimpunan #KitaLawan.

Hal itu ekoran semua wakil rakyat terbabit perlu berada di kawasan masing-masing untuk mengagihkan RM100 untuk warga tua negeri itu.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment