Saturday, March 7, 2015

KJ: Hutang 1MDB boleh bawa risiko ekonomi

6 Mar 2015
Firma pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mesti mula menjana wang untuk membayar hutang atau  bebanannya boleh mendatangkan "risiko sistemik" kepada ekonomi, kata menteri belia dan sukan.

Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin, yang bercakap dalam satu sesi dialog di New York pada hari Rabu, berkata ini tidak bermakna asas-asas fundamental 1MDB tidak "cukup baik".

"Anda bercakap tentang sebuah syarikat dengan hutang atau pinjaman dari bank-bank Malaysia. Ini menjadi risiko sistemik kepada sistem perbankan Malaysia jika sesuatu berlaku kepada 1MDB," katanya.

Khairy berkata, beliau tidak begitu bimbang liabiliti itu akan menjadi lohong hitam yang bukan sahaja 1MDB tetapi sudah tentu bank-bank Malaysia akan turut terjerumus ke dalamnya.

"Tetapi kita perlukan pengurusan 1MDB untuk memastikan ada keputusan perniagaan yang segera diambil untuk mendapat aliran wang bagi memenuhi obligasi hutang mereka," katanya.

Khairy (berkata demikian pada hari yang sama kabinet membersihkan 1MDB daripada sebarang salah laku selepas diberi taklimat oleh 1MDB dan juruauditnya Deloitte dalam mesyuarat mingguan kabinet.

Menyenaraikan pelbagai aset 1MDB, beliau berkata, Khairy berkata: "Anda boleh ada aset tetapi jika anda tidak mempunyai aliran tunai untuk membayar hutang anda, anda ada masalah...

"Mereka (1MDB) memerlukan aliran tunai yang kukuh untuk membayar faedah pinjaman dan pinjaman itu sendiri [...] jadi mereka perlu mula melaksanakan projek-projek mereka dengan segera," katanya.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment