Monday, March 2, 2015

MP: Benar atau tak lebih penting, PM

2 Mar 2015

Tanpa mengambil kira motif di sebalik dakwaan terkini berkaitan 1Malaysia Development Berhad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menjawab sama ada perkara itu benar atau tidak, kata Tony Pua.

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB mesti bertanggungjawab penuh “kerana 1MDB projek buah fikirannya dari awal”.

“Perdana menteri tidak boleh melepaskan tanggungjawab dengan berkata beliau 'tidak terlibat dengan operasi harian 1MDB',” kata Pua dalam kenyataan pagi ini.

“Perdana menteri, yang juga menteri kewangan harus sedar bahawa isu 'bermotifkan politik' tidak relevan dalam perkara ini.

“Apa yang lebih penting, sama ada dokumen dan e-mel itu asli,” kata Pua.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa mempunyai bukti e-mel dan dokumen menunjukkan bahawa syarikat usahasama 1MDB,  PetroSaudi, pada 2009 digunakan untuk menyalurkan dana kepada syarikat hartawan Jhow Low.

Pihak kerajaan dan PetroSaudi menafikannya.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment