Friday, March 6, 2015

PAS Selangor arah tingkat kawalan keselamatan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengutuk kejadian serangan ke atas AJK Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad awal pagi tadi.

"Kami berharap pihak polis akan mempercepatkan siasatan agar pihak yang bertanggungjawab dapat dikenal pasti dan didakwa," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Datuk Iskandar A Samad dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya PAS Selangor akan mengarahkan agar kawalan keselamatan ke atas pimpinan PAS negeri dipertingkatkan agar pihak-pihak yang cuba mencetuskan provokasi dapat dihalang.
Menurutnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan melaksanakan tugas tersebut.

"Dalam apa sahaja keadaan sekalipun, tindakan ganas seperti ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku," tegasnya yang Exco kerajaan negeri.
Beliau berkata, sebarang spekulasi mesti dielakkan dan biarkan pihak Polis melakukan siasatan mereka. - HARAKAHDAILY 5/3/2015

No comments:

Post a Comment