Tuesday, March 10, 2015

Pertembungan 5 penjuru di PRK Chempaka

10 Mar 2015
Pilihan raya kecil DUN Chempaka ada 22 Mac ini bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon PAS dan empat lagi calon bebas selepas mereka menyerahkan borang pencalonan pagi ini.

Perkara itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lapor Bernama.

Calon PAS Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad bakal dicabar empat calon Bebas iaitu Fadzillah Hussin, 55; ahli perniagaan Aslah Mamat, 64; dan Naib Yang Dipertua PERKASA Kelantan Sharif Mahmood, 59;

Imam Masjid Baung itu turut dicabar Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, yang pernah bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga bekas menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana kanser prostat, pada 12 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum lalu Nik Aziz mengalahkan calon BN Wan Razman Wan Abdul Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Mursyidul am PAS itu memperoleh 12,310 undi manakala Wan Razman mendapat 5,810 undi.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment