(Oleh Fiza Ab Halim)
KUALA LUMPUR 15 APRIL: Pergeseran kencang antara Najib Razak dan
Mahathir Mohamad turut menarik perhatian Ketua Umum KEADILAN, Saudara
Anwar Ibrahim.
Walaupun terkurung di sebalik tirai besi, Ketua Pembangkang itu masih
seperti dahulu, sama sebelum beliau dipenjarakan – cakna isu rakyat
termasuk krisis kepimpinan Umno Barisan Nasional.
Buktinya,
ketika lawatan isteri dan ahli keluarganya di Penjara Sungai Buloh
minggu lalu, Anwar seperti lazim bertanyakan perkembangan masalah
rakyat, soal ekonomi dan isu negara termasuk sengketa dua pimpinan Umno
itu.
“Jumaat lepas saya dan keluarga pergi berjumpa Anwar selepas
pemergian ayahandanya ke Rahmatullah. Dia masih lagi kuat, kental,
selalu baca al-Quran dan mindanya cergas.
“Dalam pertemuan itu, dia banyak bertanya pasal Selangor, isu rakyat,
ekonomi dan peristiwa-peristiwa paling mutakhir terutama yang berlaku
antara mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dengan Perdana Menteri
sekarang,” cerita Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Suara Keadilan.
Serangan terbuka Mahathir yang merupakan bekas Presiden Umno kepada
Najib meletakkan kedudukan Najib kini bagaikan telur di hujung tanduk.
Ekoran serangan itu, Najib mendapat sokongan yang dibuat-buat dari
penyokongnya sementara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin
mengunci mulut dalam isu berkenaan.
Ketika Mahathir terus menyerang, Najib pula menggunakan pesara untuk raih sokongan bagi mempertahan kedudukan.
Sementara itu, Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Kajang ketika ditemui seusai Seminar Kepimpinan DUN Kajang semalam
turut menyatakan, beliau serta keluarganya mendapat inspirasi daripada
Anwar untuk terus mempertahankan hak rakyat di negara ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment