Friday, April 10, 2015

Ayah Ditangkap Kerana Belikan Pasangan untuk Anaknya

10/4/15

Ayah Ditangkap karena Belikan Pasangan untuk Putranya
Dia ingin memperoleh cucu dari puteranya yang menderita gangguan mental
 
Seorang ayah di China ditangkap kerana membeli seorang wanita, untuk dijadikan isteri bagi puteranya yang menderita gangguan mental, serta ingin memiliki cucu. Tapi semua usahanya gagal dan akhirnya ditangkap oleh polis .

Dipetik dari Daily Mail, Jumaat, 10 April 2015, lelaki itu ,  Xu   gagal dalam usahanya, kerana si anak ternyata tidak juga mau berhubungan intim dengan wanita yang dikahwinkan dengannya.

Lelaki yang tinggal di luar kota Yancheng itu, kemudian malah berusaha menghamili 'menantunya' sendiri, namun gagal. Meyakini bahawa wanita itu tidak subur, dia lalu menjual wanita itu pada orang lain.

Xu kini sudah ditahan oleh polis  kota Lianyungang, kerana tuduhan perdagangan manusia. Menurut laman People`s Daily, Xu menghabiskan 12,000 yuan, untuk membeli isteri bagi puteranya pada 2014.

Wanita yang disebut hanya dengan nama Wang itu, dilaporkan juga menderita gangguan mental. Xu yakin Wang tidak subur, setelah enam bulan berusaha membuatnya hamil dan tidak berhasil.

Khawatir gangguan mental yang diderita Wang semakin buruk, sementara wanita itu dianggap tidak dapat memberi kontribusi yang nyata, Xu menjual Wang pada keluarga lain melalui seorang perantara di kampungnya.

Dia menjualnya dengan harga 10,000 yuan. Insiden itu kemudian terungkap, melalui kunjungan rutin yang dilakukan polis  di Guanyun. "Kami menanyakan nama dan usianya, tapi dia (Wang) tidak dapat menjawab," kata Gao Ming, polis  di Guanyun.

Itu membuat Gao dan koleganya curiga, lalu mulai melakukan penyiasatan tentang keluarga asli Wang, serta bagaimana Wang boleh berada di kampung itu, hingga mengungkap adanya kes perdagangan manusia.
 Dailymail/VIVA.com

No comments:

Post a Comment