10 Apr 2015
Selepas perbahasan panjang 12 jam, Akta Pencegahan Keganasan (Pota) diluluskan tanpa pindaan pada Selasa, 2.25 pagi.
Akta itu amat mencuri perhatian kerana membenarkan penahanan tanpa bicara dan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.
Muncul kebimbangan ia boleh disalah guna seperti didakwa berlaku dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan sebelum ini.
Sehari selepas undang-undang baru itu diluluskan Dewan Rakyat, jumlah anggota Parlimen yang mengundi menjadi buah mulut umum.
Ini kerana rang undang-undang itu, melibatkan sembilan blok undian, diluluskan di Dewan Rakyat dengan undi 79-60.
Jumlah anggota Parlimen yang mengundi menyokong rang undang-undang itu lebih kecil daripada keseluruhan angka wakil rakyat pembangkang.
Perkara itu membangkitkan kritikan penyokong Pakatan Rakyat, yang mendapati terdapat wakil mereka tidak berjuang hingga ke akhir untuk menyatakan bantahan mereka dalam rekod Parlimen.
Hasilnya banyak pihak, termasuk sesetengah pembaca Malaysiakini, tercari-cari senarai lengkap wakil rakyat yang “ponteng” itu.
Walaupun setiap parti dalam Pakatan mengetahui kehadiran anggota Parlimen mereka melalui ketua whip masing-masing, mereka bagaimanapun kelihatan keberatan menyatakannya.
Seperti banyak lagi negara lain, Parlimen Malaysia tidak menyimpan rekod bagaimana setiap anggota Parlimen mengundi.
Bagaimanapun, senarai itu boleh diperoleh melalui cara manual dengan mengecilkan jumlahnya dengan merujuk kepada hansard Parlimen.
Senarai di bawah artikel ini mengandungi sebahagian senarai anggota parlimen Pakatan yang namanya tidak terdapat di hansard sewaktu perbahasan Pota berlangsung.
Bagaimanapun, ditegaskan, bahawa senarai ini tidak mencadangkan bahawa nama yang tidak mengambil bahagian dalam perbahasan akhir tidak mengundi, kecuali disahkan oleh anggota Parlimen itu sendiri.
Usaha untuk menghubungi pihak dalam senarai telah dijalankan untuk mengesahkan sama ada mereka mengundi atau tidak. Senarai ini akan dikemas kini jika terdapat reaksi baru diterima.
Selain itu, ditegaskan juga bahawa mengambil bahagian dalam perbahasan tidak semestinya bermaksud seseorang anggota Parlimen terus bertahan sehingga jam 2.25 pagi.
Diam ketika perbahasan juga tidak bermaksud anggota Parlimen itu tidak mengambil bahagian dalam undian akhir.
(Nota editor: Jika anda tidak nampak senarai di bawah, harap jangan aktifkan fungsi penghalang iklan (ad blocker) atau klik di sini.
Kajian oleh Alyaa Azhar, Aidila Razak dan Andrew Ong.

No comments:
Post a Comment