10 Apr 2015
Haiwan aneh dalam satu kawasan ladang kelapa sawit di Sarawak yang
mencetus fenomena di media sosial awal tahun ini akhirnya berjaya
ditangkap.
Haiwan tersebut, seekor beruang yang tidak berbulu dan dipercayai sakit, kini berada bawah jagaan Sarawak Forestry Corporation (SFC), lapor The Borneo Post.

“Kami akan selidik mengapa ia sakit dan tidak berbulu,” kata wakil SFC, Nickson Robi seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Penemuan haiwan tersebut pada 2 April lalu adalah hasil operasi mencari yang menyelamat selepas video itu mula dikesan awal tahun ini.
Rakaman video haiwan yang berlegar di laman sosial tahun ini menujukkan haiwan berkenaan merayap dengan lemah di celah pelepah sawit.
Haiwan itu kemudiannya ditunjukkan melarikan diri ke kawasan paya.
Satu lagi video menunjukkan haiwan itu ditangkap dan diletakkan di dalam satu sangkar.
Rakaman itu menunjukkan haiwan berkenaan masih mampu meronta dan berusaha untuk melepaskan diri.

Laporan The Borneo Post turut menggariskan amaran daripada SFC agar orang ramai tidak menangkap, memburu, melindungi atau memakan haiwan yang dilindungi.
Beruang merupakan antara haiwan kini dalam kategori terancam di Malaysia, khususnya akibat pembukaan tanah berleluasa untuk kegiatan pertanian.
Sumber: Malaysiakini/ Youtube
No comments:
Post a Comment