14 Apr 2015
Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) menggesa kerajaan supaya
menghentikan penggunaan Akta Hasutan yang turut mengancam dan mendakwa
wartawan bebas.
CPJ yang mengutuk pindaaan Akta Hasutan yang telah diluluskan minggu lalu turut menggesa kerajaan supaya memansuhkan "hukuman yang melaumpau" itu.
Ini kerana, katanya, akta itu sepatutnya perlu memberi tumpuan bagi menjamin kebebasan akhbar termasuk media atas talian dan NGO yang mempertahankan kebebasan akhbar di seluruh dunia.
"Pengukuhan Akta Hasutan yang sudah zalim itu menunjukkan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdesak untuk menutup mulut media yang mengkritik kerajaannya," kata wakil kanan CPJ Asia Tenggara, Shawn Crispin dalam kenyataan medianya.
Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh CPJ, pihak berkuasa kerap menyalahgunakan peruntukanbawah undang-undang era kolonial itu untuk mengancam wartawan yang memberi laporan secara kritikal terhadap kerajaan atau badan kehakiman.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment