Friday, April 10, 2015

Hadi: PAS setuju tak terlalu memaksa RUU hudud

 10 Apr 2015
Penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi pelaksanaan hudud di Kelantan ke sesi Parlimen akan datang, dijadual pada Mei, telah dipersetujui sebulat suara selepas satu perbincangan diadakan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi.

Katanya, PAS bersetuju untuk tidak terlalu memaksa usul itu dibentangkan lebih awal sebaliknya bersedia mengikut giliran yang telah ditetapkan kerana percaya agenda negara khususnya melibatkan isu keselamatan dan keganasan perlu diutamakan pada masa ini.

"Saya juga dimaklumkan bahawa ada menteri yang membuat kenyataan di Parlimen bahawa akan dipanjangkan perkara ini dalam sidang akan datang.

"Maka, sebab itu, kami tak perlu tergesa-gesa dalam hal ini," kata Hadi (kanan) dalam sidang media di Rusila di Marang hari ini.

Jelas Abdul Hadi, beliau turut berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh anggota Parlimen yang beragama Islam termasuk Umno dalam perkara itu dan menganggap penerimaan terhadap hukum berkaitan Islam semakin baik berbanding dahulu.

"Keadaan sekarang tidak seperti tahun 50-an dulu. Tahun 50-an dulu, orang memomokkan undang-undang Islam ini. Tapi, perkara ini dah dianggap sebagai ilmu sejak tahun 70-an hingga hari ini termasuk berlaku perbincangan dalam Umno dan MCA juga menganjurkan seminar hudud walaupun ada kekalutan. Tapi, itulah, dia (MCA) berjaya anjur secara akademik, secara ilmu dan ini satu perkara yang sangat positif," katanya.

Sementara itu, Hadi berkata, PAS menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat Selasa lalu.

Beliau berkata meskipun terdapat beberapa perkara teknikal yang parti tidak bersependapat dengan kerajaan, namun PAS tidak menafikan akan keperluan undang-undang berkenaan bagi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

"Kami bersatu dalam menentang keganasan, kami tidak mahu keganasan diimport ke negara kita... kami mengganggap apa yang dicetuskan (keganasan) di negara lain tidak sesuai dengan ajaran Islam.

"Kami tidak nafikan perlunya undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen (Dewan Rakyat). Ini tanggungjawab bersama," katanya .

- Bernama
 

2 comments:

  1. Apa menahan/ menghukum tanpa bicara mengikut syarak? Patut la ramai yg tak nak wala'.....rupa rupa nya hj Hadi ni macam Bush je.....halal kesemua janji aku presideng! Memalukang.........

    ReplyDelete
  2. Hudud boleh tangguh2 ke? Itu hari xsabar2........ula kmak la lu!

    ReplyDelete