Tuesday, April 21, 2015

Hisbah: Husam sedia sokong Tun M pengerusi pertama?

HARAKAHDAILY | .
Salam Rejab.

Haruman Ramadhan yang mulia telah mula mewangi bagi ummat Islam.

Sempena Rejab, mari sama kita berdoa dengan doa yang ditunjukkan oleh Al-Qur'an dalam Surah Ali Imran ayat 147 seperti berikut;

ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

PERTAMA:

Dunia sedang bergolak dan ummat Islam dilanda pelbagai ujian.

Ada sesuainya doa di atas diperluaskan.

Dosa adalah punca bala'. Memohon keampunan Allah di keberkatan Rejab moga menghindari bala Allah ke atas ummat Islam khasnya dan ummat manusia amnya.

Melampau dalam urusan perjuangan dan agama tidak disukai oleh Allah dan wajar kita bermuhasabah supaya tidak termasuk dalam garis yang tidak disukai Allah itu dalam keghairahan perjuangan.

Kekal istiqamah dlm dunia yang bergolak dan penuh ujian bagi ummat Islam hanya boleh dicapai dengan kurnia Allah dan kita sama berdoa untuk kurnia itu.

Pertolongan ke atas musuh Islam yang berniat jahat memerangi ummat Islam dengan segala tipu daya, strategi, adu domba dan senjata mereka sangat diperlukan.

Semoga Allah menganugerahkan kekuatan kepada para pejuang dan ummat Islam di seluruh dunia dengan doa kita bersama.

KEDUA: Tun M Pengerusi Ombudsman Pertama Negara

Kunci isu 1MDB adalah salah guna kuasa yang menghasilkan hutang besar yang akan ditanggung oleh negara dengan melepaskan individu terbabit.

Ini bukan isu pertama seumpamanya bagi negara kita. PKFZ, Perwaja, BMF dan lainnya telah berlaku dan merosakkan sejumlah besar kekayaan negara.

Bagaimana Islam melihat isu ini?

Jika kita izinkan ia berlalu tanpa ditegur, satu demi satu penyelewengan sepertinya akan berulang dan berulang.

Bukankah itu satu kemungkaran?

Sesiapa yang melihat kemungkaran, ia wajib membetulkannya.

Jika kita tidak berupaya membetulkannya dan Tun M berani membetulkannya, atas apa jua motifnya - paling tidak kemungkaran itu dapat dihentikan.

Atas dasar itu, kenapa tidak kita membantu Tun M dalam isu ini.

Satu dari maqasid pelaksanaan hudud adalah menyelamatkan harta termasuk harta awam.

Dalam kes 1MDB, berapa besar jumlah wang awam yang menjadi pertaruhan?

Tinggal lagi jika DS Najib berjaya diturunkan, apakah jaminan pengganti beliau tidak mengulangi kesilapan yang sama?

Tun M kena setapak ke depan: menggagaskan satu mekanisma kesilapan seperti ini boleh dihentikan walaupun dilakukan oleh siapa saja, parti mana jua termasuk PAS, DAP atau PKR jika mereka satu hari nanti berkuasa.

Tanpa mekanisma itu, penyalahgunaan kuasa boleh berulang dan rakyat biasa ibarat seperti anjing menyalak bukit ketika cuba memperbetulkannya.

Satu badan ombudsman atau hisbah tertinggi negara?

Tun M sebagai pengerusi pertama?

Saya sedia menyokongnya.

Husam Musa
20/4/2015
1 Rejab 1436

No comments:

Post a Comment