Saturday, April 18, 2015

'Kejutan Zahid? Harap bukan video seks lagi'

17 Apr 2015
Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli berharap Umno tidak hanya menyebar video seks semasa kempen pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh kali ini.

Rafizi berkata, ini memandangkan naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa parti itu akan mendedahkan satu kejutan dalam kempen tersebut.

“Biarlah mereka dedahkan kejutan. Tapi saya harap ia bukan satu video seks sebab itu sahajalah selalunya kejutan dari Umno,” kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Rafizi berkata, pengundi Permatang Pauh juga sudah muak dengan permainan politik seperti itu.

“Lagi pun, saya tak fikir mereka boleh reka apa-apa mengenai Kak Wan (presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Zahid di Permatang Pauh hari ini berhubung “kejutan” yang akan muncul dalam kempen tersebut
Malaysiakini

1 comment:

  1. Zahid..2! Tak habis2 dg kejutan...sama dg majlis pecah tanah kat Bg. Datoh le! Banyak tanah pecah tapi habok pun tarak haa?

    ReplyDelete