Monday, April 27, 2015

PDRM tangkap 12 suspek pengganas

26 Apr 2015
Polis Diraja Malaysia menahan 12 suspek lelaki dalam satu operasi di Hulu Langat, dan Cheras yang dipercayai sel anggota pengganas yang mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Islamic State (IS).

Dalam satu kenyataan PDRM, suspek berusia 17 hingga 41 tahun yang ditahan kerana disyaki sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas lokasi strategik dan berkepentingan kerajaan sekitar Lembah Klang.

"Rancangan untuk melancarkan serangan oleh anggota sel ini adalah sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria untuk melancarkan ke atas kepentingan negara Islam sekular yang didakwa sebagai musuh mereka.

"Dan sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan ke atas mereka yang disyaki terlibat atau mempunyai kaitan dengan IS oleh pihak PDRM," kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu juga menyebut, operasi yang dilancarkan oleh bahagian Counter Terrorisme cawangan khas pada semalam dan hari ini juga berjaya membuat rampasan antaranya:
  • Lebih kurang 20kg serbuk dipercayai Ammonium Nitrate;
     
  • Lebih kurang 20kg serbuk dipercayai Potassium Nitrate;
     
  • Lebih kurang dua liter cecair dipercayai kerosin;
     
  • Dua unit remote control;
     
  • Alarm motor;
     
  • Pelbagai jenis wayar;
     
  • Empat bateri 9 volt;
     
  • Penimbang digital;
     
  • Dua biji penyukat;
     
  • Tiga batang paip PVC dan penutup;
     
  •  Bendera Islamic State; dan
     
  • Beberapa lagi peralatan dipercayai untuk digunakan bagi menghasilkan bahan letupan.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment