Monday, April 6, 2015

Tragis ! Pengusaha kaya terbunuh tersedut kolam air panas


Pengusaha kaya tewas tersedot kolam air panas
Ini lokasi pengusaha dari China terbunuh tersedut kolam air panas. ©2015 Merdeka.com/Shanghaiist

 Nasib buruk boleh menimpa siapa saja, di mana saja. Termasuk cerita kematian Wu Jisheng berikut, pengusaha kaya raya asal Kota Shenzen, China yang sedang pelesir di Makau.

Shanghaiist melaporkan, Ahad (5/4), Jisheng sedang melancung ke kota judi itu bersama isteri dan anak-anaknya. Pada malam ketiga di sana, dia mampir ke layanan kolam air panas Hotel Four Season Makau bersama sang isteri.

Ketika asyik-asyiknya berendam, mendadak ada kerosakan dari sistem pam kolam air panas yang airnya terus mengalir itu. Alhasil, tercipta tekanan besar yang menyedut air ke saluran pembuangan di dasar kolam.
Punggung Jisheng tersedut ke lubang tersebut, kepalanya berada di bawah air selama 10 minit. Beberapa tetamu dan isterinya cuba membantu, tapi tekanan air lebih kuat. Jisheng meninggal akibat tenggelam setelah   berusaha meronta.
Begini ilustrasi kejadiannya:

Petugas hotel terlambat mematikan sistem pam yang biasanya beroperasi malam hari itu. Belum diketahui apakah keluarga Jisheng akan saman pengelola hotel kerana insiden ini.

Jisheng termasuk sosok orang terkaya di Negera China. Dia memiliki perusahaan biometrik berbasis di Shenzen.
Sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment