Tuesday, May 5, 2015

Kejutan di Rompin

5 May 2015

Addin

 Calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin Datuk Hasan Arifin, hari ini mengatakan Datuk Seri Hasan Malek mengeluarkan kenyataan "bodoh" apabila mengatakan pengundi di kawasan Parlimen berkenaan menyokong cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

GST menjadi isu kempen yang digunakan PAS dalam percubaan mereka untuk merampas kerusi tradisi BN itu yang sebelum ini dipegang Tan Sri Jamaluddin Jarjis selama enam penggal.

"Bila dia buat kenyataan? Itu kenyataan menteri bodoh," kata Hasan, kepada pemberita, sejurus selesai program Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Semai Bakti, di Felda Keratong 4, Pahang.

Hasan yang merupakan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan dalam satu program di kawasan Parlimen itu bersama peniaga bazar Ramadhan semalam berkata, beliau percaya pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Rompin menerima baik pelaksanaan GST dan menyuarakan keyakinan BN akan memenangi PRK Rompin yang dijadualkan esok.

Hasan berkata, khabar-khabar angin yang didengarinya sebelum turun ke peringkat akar umbi turut meragukannya, namun selepas beberapa siri tinjauan ke kawasan Parlimen Rompin, khabar angin tersebut katanya jelas tidak benar dan sekadar fitnah.

"Pada peringkat awal, saya meragui juga, macam-macam cerita, tetapi bila kita turun ke bawah, cerita itu direka-reka supaya rakyat risau.
Kejutan Dari Calon BN PRK Rompin

"Tapi bila kita terangkan cara kita, cara 'orang kampung', mereka terima GST, dan yakin cukai ini memudahkan mereka berurusniaga dan memberi impak hitung panjang kepada negara," katanya selepas berucap merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Bazar Ramadhan (SBR) 2015 di Rompin, semalam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, yang turut hadir dalam program hari ini bersama calon BN itu bagaimanapun berpendapat, kenyataan yang dikeluarkan Hasan bukan ukuran sokongan pengundi kepada BN di Rompin.

"Dia (GST) salah satu daripada banyak isu dan masalah, saya tak kira Hasan cakap ini ukuran. Insya Allah kita menang, saya tidak mahu ghairah buat tafsiran sebegitu," kata Muhyiddin kepada pemberita.

"Itu bukan tafsiran yang tepat, ada hal dan faktor lain, jangan kita terjemah dengan hal sebegitu."

Beliau berkata, tindakan yang lebih penting untuk dilakukan BN adalah mendapatkan maklum balas daripada kesan pelaksanaan GST kepada rakyat.

"Pentingnya di sini kita dapat maklum balas, tentang kesan sampingan rakyat.

"Saya fikir saya boleh cakap ramai yang tak bersetuju, saya faham, rasa marah, tetapi jangan marahkan 'nyamuk kelambu dibakar', maksud saya tadi," katanya.

"Jadi ini faktor kita hadapi, saya tak fikir ia jadi ukuran penerimaan, kerana ada penolakan.

"Kalau macam itu jika ditanya di sana, di Permatang Pauh mungkin jawapan lain, jadi saya tak boleh buat kiraan munasabah," kata Muhyiddin, merujuk kepada PRK Permatang Pauh yang dijadualkan berlangsung 2 hari selepas Rompin.

Dalam kenyataannya, Hasan berkata, rakyat kini mulai menerima GST selepas penjelasan diberikan akibat kekeliruan di peringkat awal.

"Rakyat boleh menerima GST sekarang, memang pada peringkat awal orang timbul kekeliruan, sebab itu pada awalnya orang kelam kabut.

"Maknanya, sama juga, sebelum GST atau selepas GST, kecuali ada beberapa perkara seperti servis caj.

"Betul atau tidak kita tunggu 5 Mei nanti," katanya, ketika ditanya, sama ada GST akan memberikan kesan dalam PRK Rompin nanti.

No comments:

Post a Comment