Tuesday, May 26, 2015

Mantan PM Israel dipenjara kerana rasuah

25 Mei 2015  
Ehud Olmert (Foto: AP)
Ehud Olmert (Foto: AP)
YERUSALEM - Mantan Perdana Menteri (PM) Israel Ehud Olmert dihukum delapan bulan penjara kerana menerima wang dari seorang pengusaha asal Amerika Syarikat.

Sebagaimana diberitakan The Associated Press,Isnin (25/5/2015), Ehud Olmert dinyatakan bersalah dalam perbicaraan ulang di Mahkamah  Daerah    Yerusalem pada Mac 2015. Hukuman tersebut ditambahkan dalam hukuman enam tahun penjara yang diterima Olmert tahun lalu. Ketika itu, Olmert didakwa bersalah dalam kes rasuah yang berbeda. Kes tersebut menghakhiri karier politik sang mantan perdana menteri.

Semula, lelaki  berusia 69 tahun itu dipaksa mengundurkan diri pada awal 2009 kerana kes korupsi. Kepergiannya membuka jalan bagi pemimpin garis keras Benjamin Netanyahu untuk memenangkan Pemilihan Umum (Pemilu) Israel.

Absennya Olmert menyebabkan usaha perdamaian dengan Palestin  menemui jalan buntu. Sebelumnya, Olmert dikenal sebagai PM Israel yang terus mendorong usaha perjanjian perdamaian dengan Palestin.

Pada 2012, Olmert dinyatakan bersalah atas beberapa dakwaan, antara lain menerima amvelop berisi wang dari seorang pengusaha asal AS Morris Talansky. Waktu itu, Olmert menjawat sebagai Datuk bandar Yerusalem dan Menteri Kabinet Israel.

Olmert ditemukan menerima USD600 ribu   dari Talansky. Namun, mahkamah tidak menemukan bukti yang menunjukkan wang tersebut telah digunakan untuk alasan peribadi di luar hukum atau untuk mendanai kempen ilegal.

Menurut kesaksian Talansky, wang tersebut digunakan untuk membiayai cerut  mahal, perjalanan kelas satu, dan hotel mewah. Talansky berkeras dia tidak menerima apa pun dari Olmert.
Okezone.com

1 comment: