Tuesday, May 5, 2015

Pemandu Pelancung Memarahi Pelancung kerana Tak Banyak Belanja

Selasa, 5 Mei 2015
 
BBC. Pemandu pelancung China dilarang untuk memaksa para pelancung  berbelanja demi mendapat keuntungan peribadi.

  Seorang pemandu pelancung di China yang terakam kamera memarahi pelancung kerana tidak berbelanja cukup banyak, sudah ditarik balik lesennya.

Pencabutan lesen ditempuh setelah rakaman kamera itu menjadi amat popular di dunia maya.

Perempuan pemandu pelancung itu juga mengancam perjalanan berikut kelompok pelancung tersebut dan tidak mau membayar tiket perjalanan pulang jika tiap-tiap pelancung  tidak berbelanja sebanyak 3.000 yuan .

Pihak keselamatan di Yunann, China barat daya, mengatakan dia melanggar undang-undang pelancungan nasional.

Sejak tahun 2013 pemandu pelancung  dilarang untuk memaksa para pelancung yang mereka bawa  berbelanja di tempat tertentu dan mendapatkan keuntungan tidak sah.

Dalam rakaman video sekitar empat minit, pemandu tersebut antara lain mengajukan pertanyaan, "Di mana hati nurani dan moral kalian?"

"Jika anda semua tidak berbelanja 3.000 atau 4.000 yuan, kita akan batalkan perjalanan ke Xishuangbanna, dan perusahaan tidak akan bertanggung jawab atas kepulangan anda ke Shenyang," ancamnya.

Video tersebut diterbitkan di YouTube dan kemudian menyebar luas di media sosial berbahasa China sehingga menimbulkan kemarahan ramai orang, yang menceritakan  pengalaman buruk yang sama dengan para pemandu pelancung China.

Otoriti pelancungan Yunnan juga menghentikan untuk sementara kegiatan perusahan pelancungan bersangkutan, Kunming Fenghua Travel Agency, dan mengenakan denda sebesar 20,000 yuan.
Editor : Egidius Patnistik
Sumber: BBC Indonesia/ Kompas.com

No comments:

Post a Comment