Wednesday, May 27, 2015

Pemerdagangan manusia: PAS tuntut penjelasan PDRM

  .

KUALA LUMPUR: PAS menuntut kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas pencerobohan yang berlaku ke atas sempadan negara.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut dan mesti meletakkan jawatan jika tidak mampu menyelesaikannya.

Ia berhubung penemuan 139 kubur dan 28 kem yang berkaitan pemerdagangan manusia dalam wilayah Malaysia, bersempadan dengan Thailand.

Menurut PDRM, kem tersebut dipercayaai diduduki sejak tahun 2013 dan berpagar serta dikawal.
"Dalam kes-kes politik, serta himpunan aman rakyat, polis begitu cepat bertindak sehingga menjalankan tangkapan pada jam 3 pagi. Tindakan ini sangat dikesali.
 ‎‎
"Rakyat terus bimbang dengan isu keselamatan dan tidak mampu lagi untuk mempercayai jaminan keselamatan oleh pihak polis khususnya dan kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesyaki segelintir anggota penguatkuasa kerajaan turut terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia susulan penemuan ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil siasatan pihak berkuasa mendapati aktiviti pemerdagangan pelarian itu bukan saja membabitkan anggota penguatkuasa namun penduduk tempatan. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

No comments:

Post a Comment