Sunday, May 24, 2015

Perompak Ini Kasihankan Mangsanya kerana Lebih Miskin Dari Dirinya

24 Mei 2015 
Ilustrasi (Okezone)
Ilustrasi (Okezone)
ANTWERP – Seorang pelajar di Antwerp, Belgium mengaku dipeluk oleh orang yang ingin merompaknya kerana kasihan dengan keadaannya yang ternyata lebih miskin darilelaki  tersebut.

Levi de Boeck menceritakan bagaimana dia diacu dengan pistol dan dipaksa menyerahkan telefon genggam dan dompetnya. Dia kemudian dipaksa oleh perompak itu untuk mengambil wang di mesin  ATM dengan ancaman senjata.

Perompak itu memerintahkan Levi untuk mengambil wang sebanyak 200 Poundsterling dari tabungannya. Namun, usaha tersebut gagal setelah kad Levi ditolak mesin ATM kerana simpanan  yang dimilikinya tidak cukup.

Tidak menyerah, perompak itu  memerintahkan Levi untuk mencuba kembali di tiga mesin ATM berbeda, tapi seperti sia-sia saja. Merasa usahanya tidak membuahkan hasil, lelaki  tersebut pergi dan membeli sebungkus rokok dengan kad yang dimiliki Levi di sebuah toko serba ada.

Dia kemudian kembali, memeluk Levi dan berkata “Maaf teman kamu bahkan lebih miskin dari saya.” Lelaki tersebut bahkan mengembalikan telefon bimbit dan dompet Levi sebelum melarikan diri. Demikian dilaporkan Mirror, Ahad (24/5/2015).

Sayangnya, rasa kasihan lelaki itu tidak menghentikan polis untuk memburunya. Dengan berbekal rakaman kamera pemantau (CCTV) dari salah satu mesin ATM yang dikunjungi Levi. Polis  ketika ini sedang memburu lelaki malang itu.
Okezone.com

No comments:

Post a Comment