Monday, May 25, 2015

Prosiding tangguh, CEO 1MDB tak dapat hadir

Sinar Harian
  • PAC: Prosiding 1MDB esok ditangguhkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed bercakap pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM A. RAJAK
1 / 1
KUALA LUMPUR  - Prodising syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan berlangsung esok terpaksa ditangguhkan susulan kedua-dua orang pentingnya mempunyai urusan di luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed‎ memaklumkan penangguhan itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Parlimen.

"Jumaat lalu, Sekretariat PAC menerima surat makluman daripada Kementerian Kewangan bahawa prosiding syarikat 1MDB pada esok terpaksa ditangguhkan.

"Ia berikutan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi tidak dapat hadir di hadapan jawatankuasa ini atas alasan mempunyai urusan di luar negara pada hari itu," katanya kepada pemberita.

Dalam sidang media sama, beliau sempat berseloroh untuk bersangka baik terhadap alasan yang dikemukakan itu.

1 comment: