Friday, May 22, 2015

Turki mengejutkan Mesir, rancang selamatkan Morsi dari hukuman mati

22/5/15

Media Turki Takvim melaporkan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi yang dijatuhi hukuman mati minggu lalu oleh Mahkamah Mesir.

Akhbar itu melaporkan Turki bersama Arab Saudi dan Qatar mencari cara bagi membawa Morsi keluar dari Mesir berpindah ke Turki.
Akhbar itu juga melaporkan Presiden Mesir Abdel Fattah As-Sisi tidak memberikan apa-apa maklumbalas kepada umum mengena rancangan itu tetapi pada masa yang sama tetap mahu Morsi dihukum.

Turut dilaporkan As-Sisi menemui Perdana Menteri Ibrahim Mehlib dan Menteri Pertahanan Sedqi Subhi bagi membincangan rancangan Turki itu. Mehli mencadangkan agar Morsi dibuang negeri kerana negara akan berdepan bantahan besar-besaran sekiranya Morsi dihukum mati.
Penerangan,
ISMA Caw Kajang

No comments:

Post a Comment