Tuesday, June 30, 2015

TMJ dapat jet hadiah hari jadi

Malaysiakini 30 Jun 2015
Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet daripada ayahandanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31 hari ini.

Dalam beberapa foto yang dimuatnaik di Facebook Johor Southern Tigers, baginda antara lain turut bergambar bersama ayahanda Sultan Ibrahim di atas karpet merah di depan jet tersebut.

Di sebelah kiri dan kanan mereka dihiasi jambangan bunga dan belon yang berwarna-warni bagai menggambarkan majlis penyerahan jet tersebut diadakan secara rasmi walaupun dilihat dibuat secara ringkas.

Dalam gambar yang lain, kelihatan Tengku Mahkota menuruni tangga jet sambil diperhatikan oleh juruterbang dan beberapa petugas kabin. Beliau juga sempat bergambar dengan mereka sambil memegang kad ucapan hari lahir.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya," tulis baginda dalam laman sosial itu.

Bagaimanapun Tengku Ismail menulis bahawa beliau berniat untuk mengagihkan lembu di setiap daerah di negeri itu di samping menghulurkan sedekah kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan selepas menerima nasihat baginda Sultan Johor.

"Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.

"Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat," tulis baginda lagi.

Rata-rata pengunjung laman sosial turut meraikan kegembiraan itu di samping mendoakan baginda dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

2 comments:

  1. Biasa la. Aku kasih anak aku keretapi sempena hari jadi. KERETAPI beb. Pakai bateri lagi...dapat dgn set rel plastik lagi...Setakat jet, biasa la, raja kan..Kalau rakyat dapat hadiah keretapi, raja tentulah kapalterbang jet. Yang beza, rakyat dapat hadiah brg permainan atau sewaktu dengannya . Raja pula dapat barang betul ish ish ish..kalau duit tu bagi kat anak Yatim/ Mahaad Tahfiz....mmm..no komen, fikirla sendiri

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH RAMADHAN INI PENUH BERKAH

    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya Kamarudin seorang TKI DI Malaysia pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet, mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran toto magnum angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor 085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete