Beliau mendapat maklumat mengenai 1MDB menerusi bahan yang diberikan kepadanya dan menerusi media.
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin menyatakan beliau hanya tahu lebih sedikit maklumat berbanding
pihak media mengenai kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Beliau yang turut digugurkan sebagai Menteri Pendidikan dalam
rombakan Kabinet bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat yang beliau
tahu mengenai 1MDB.
“Saya tahu mengenai (1MDB) dari apa yang dikatakan dan bahan yang diberi.
“Dan apa yang saudara (pemberita) tahu tentang 1MDB mungkin saya tahu
lebih,” katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Damansara
pada Rabu.
Muhyiddin mengadakan sidang media khas itu selepas digugurkan sebagai
Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.
FMT
Nak Tengok Gambar ?? ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<
ReplyDelete