Thursday, July 2, 2015

Balasan anak ugut sembelih ibu

Sinar Harian
Balasan anak ugut sembelih ibu
Tertuduh (tiga, kanan) keluar dari mahkamah selepas hukuman terhadapnya diputuskan.
KOTA BHARU - Balasan buat seorang anak yang berkata kasar dengan mengugut menyembelih ibunya, dia dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed terhadap tertuduh, Mohd Fahmin Mohamad Anipa selepas dia mengaku bersalah.

Tertuduh mengaku atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap Norfazilati Mat Zain, 46, dengan berkata, “nak sembelihmu” hingga menyebabkan pengadu ketakutan dalam kejadian di Kampung Terusan Limbat, di sini, pada jam 3 petang, 14 April lalu.

Pada prosiding semalam, tertuduh memohon hukumannya diringankan kerana insaf atas kesalahan tersebut, namun pihak Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan memohon hukuman setimpal mengambil kira jenayah membabitkan ahli keluarga.

Mohamad Nasrudin mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut berkuat kuasa daripada tarikh dia ditahan, hari sama kejadian.

Dalam kejadian itu, pengadu berada di rumah dan tiba-tiba anak pengadu mengamuk tanpa sebab serta mengugut dengan kata-kata, 'aku sembelih mu, aku kambus mu dale (dalam) kubur, aku katok (pukul) kaki mu bagi mapuh.”

Tertuduh juga menghampiri pengadu dan mengangkat tangan mahu menampar pengadu tetapi pengadu mengelak dan menepis tangan anaknya itu. Pengadu jadi takut dan bimbang dibunuh kemudiannya bertindak melarikan diri. Kejadian turut disaksikan dua lagi anak pengadu.

Perlakuan tertuduh dipercayai akibat berang kerana pengadu tidak memberi duit dan meleterinya.

No comments:

Post a Comment