Thursday, July 2, 2015

Rekod tarawih ekspres 23 rakaat dalam 7 minit

Malaysiakini 2 Jul 2015
Macam-macam ragam sambutan bulan Ramadan di seluruh dunia.

Di Indonesia, sebuah masjid di sebuah sekolah pondok di Jawa Timur mungkin 'pemegang rekod' sembahyang tarawih dan witir paling laju dalam dunia – 23 rakaat dalam 7 minit.

Video ibadat sunat itu dilakukan itu kini disebar meluas di Internet sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dan perbincangan hangat di media sosial.

Kaedah itu mungkin pelik di negara ini dengan pengamalan mazhab Shafie yang ketat, tetapi tidak di negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia itu.

Malah pengurus pondok itu Dliya'udin Azzamzammi ketika diwawancara televisyen tempatan menegaskan perkara itu tidak melanggar syariat Islam.

Dan siapa sangka tradisi itu sudah diamalkan di masjid sama ada 160 tahun lalu dan sudah melibatkan beberapa generasi.

Saluran berita MetroTV juga melaporkan masjid itu sentiasa mendapat sambutan hangat daripada jemaah sekitarnya kerana amalan unik itu.

Masjid itu bagaimanapun dilapor melaksanakan sembahyang lain seperti solat lima waktu seperti biasa.

Mengupas isu itu, mufti Wilayan Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan
solat secara pantas dan tergopoh-gapah tidak sah menurut pandangan mazhab Shafie, lapor BernamaTV.

"Tidak sah solat itu kerana tiada tamakninah (berhenti sekejap) menurut pandangan mazhab Shafie," katanya ketika mengulas video viral itu.

Zulkifli juga dilaporkan berkata asas pelaksanaan rukun solat harus disertai tamakninah bagi menyempurnakannya selain membantu seseorang itu khusyuk beribadah.

No comments:

Post a Comment