ALOR SETAR - Dua individu dilapor cedera parah manakala tiga lagi
cedera ringan akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh seorang
lelaki yang dikatakan enggan membayar sewa rumah di Kampung Baru Bakar
Kapur, Kuala Kedah, semalam.
Kejadiaan pukul 6 petang itu menyebabkan Khairul Izzat Mohd Zaki, 22,
melecur di muka, badan dan tangan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang
manakala rakannya Mohd Sufri Zulkifli, 19, cedera di leher dan dirawat
di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Dua adik kepada Khairul Izzat iaitu Hasbullah Mohsin, 19, dan Ahmad
Humaidi, 11, serta sepupu mereka Loqman Hakim Said, 22, cedera ringan
dan turut dirawat di HSB.
Ibu kepada adik beradik itu Salmah Salleh, 51, berkata beliau bersama
tiga anaknya itu, beberapa anggota keluarga yang lain, rakan
anak-anaknya serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung Bakar Kapur telah pergi ke rumah lelaki tersebut pada pukul 5
petang untuk berbincang mengenai pembayaran sewa rumah yang tertunggak.
"Lelaki itu yang berumur sekitar 60-an tiada di rumah kecuali isteri
dan anak-anaknya. Setelah menunggu hampir sejam, saya pulang ke rumah
sementara anak-anak saya serta kawan-kawan mereka terus menunggu.
"Saya kemudiannya berpatah balik setelah terdengar jeritan dari arah
rumah itu dan terkejut apabila melihat anak-anak saya serta kawan mereka
berada di dalam sungai dalam keadaan kesakitan," kata Salmah.
Beliau berkata, rakan anaknya kemudian memberitahu lelaki tersebut yang
baru pulang segera masuk ke dalam rumahnya dan keluar semula serta
menyimbah asid di dalam botol plastik kepada mereka sehingga menyebabkan
mereka berlima terjun ke dalam sungai berdekatan bagi menghilangkan
rasa pedih dan gatal pada badan mereka.
Salmah berkata, lelaki terbabit dan anggota keluarganya bersembunyi di
dalam rumah dan menyerah diri setelah pihak polis yang dihubungi datang.
Lelaki tersebut dikatakan menyewa rumah pada bulan Ogos tahun lepas
dengan kadar RM150 sebulan dan tidak membuat pembayaran mulai Februari
lalu.
Jurucakap polis berkata suspek yang berumur 63 tahun telah ditahan
malam tadi dan akan disiasat kerana mendatangkan kecederaan. - Bernama
jangan ambil sewa simbah plak asid pada kontolnya.
ReplyDeleteInilah akibatnya bila negara kita diserahkan kepada pentadbiran yang jelas rekod nya defisit selama 17 tahun berturut turut. Rakyat semua tertekan dengan masalah ekonomi.....
ReplyDeleteInilah akibatnya bila negara kita diserahkan kepada pentadbiran yang jelas rekod nya defisit selama 17 tahun berturut turut. Rakyat semua tertekan dengan masalah ekonomi.....
ReplyDeleteInilah akibatnya bila negara kita diserahkan kepada pentadbiran yang jelas rekod nya defisit selama 17 tahun berturut turut. Rakyat semua tertekan dengan masalah ekonomi.....
ReplyDelete