Monday, July 27, 2015

Gadis kecil itu hampir terpanggang kerana kecuaian ayahnya

27/7/15

Sibuk kerja, ayah sampai lupa anak masih terkunci dalam mobil

©2015 Merdeka.com/Zhejiang Evening News

Sibuk kerja, ayah sampai lupa anak masih terkunci dalam kereta

Seorang gadis kecil di Wilayah Ningbo, Zhejiang, China, hampir terpanggang hidup-hidup di dalam kereta ayahnya. Sang ayah mengaku lupa bahawa puterinya masih berada di dalam kereta.

Menurut laporan Ningbo Daily, ketika peristiwa itu terjadi, lelaki itu juga membawa tiga anak keluarganya. Namun entah bagaimana dia boleh meninggalkan puterinya sendiri di seat belakang ketika hendak masuk ke pejabatnya.

Ayah gadis itu dikatakan terburu-buru masuk ke bejabat untuk menangani beberapa masalah perusahaan yang mendesak. Beruntung, gadis kecil itu mampu menyalakan lampu kecemasan di kereta.

Kemudian seorang kurir dan satpam yang berada di sekitar tempat parkir  datang menghampirinya. Mereka pun menemui seorang gadis kecil yang menangis dengan tubuh bermandikan keringat.

Bersama-sama, mereka berdua lalu menelepon polis  untuk meminta bantuan. Polis  tiba dengan cepat dan memecahkan salah satu jendela di kereta itu.

Ketika diselamatkan, tubuh kanak-kanak 5 tahun itu basah kuyup. Kanak-kanak itu bahkan hampir pengsan. Beberapa minit setelah polis menyelamatkannya, ayah gadis itu datang ke tempat kejadian, dan lantas meminta maaf kepada puterinya.
 Merdeka.com

No comments:

Post a Comment