Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015
(Ubah saiz teks)
Tan Sri Pheng Yin Huah, 67, yang tidak hadir dan diwakili penasihat undang-undang syarikat tersebut, Victor Teoh dituduh melakukan kesalahan itu membabitkan hampir 300 pekerjanya antara Januari 2013 dan Mei tahun lepas.
Ketika prosiding di hadapan Majistret Rofiah Mohamad, Teoh turut meminta penyelesaian dilakukan di luar mahkamah.
Sebagai majikan syarikat perusahaan besi keluli yang beralamat di tingkat 31, Maju Tower, 1001, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur itu, Pheng dipertanggungjawabkan mengikut Seksyen 75 Akta Cukai Pendapatan 1967 subkaedah 10 (1) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 untuk membayar kepada Ketua Pengarah LHDN, cukai yang sepatutnya dipotong tidak lewat daripada hari ke-10 setiap bulan dari saraan pekerjanya selama 17 bulan tersebut.
Dia boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan berkenaan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa LHDN Mohd Arif Zaini dan Zulhasymi Mohammad.
Mahkamah menetapkan 24 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
mstar
No comments:
Post a Comment