Wanita yang mengerat lapan bayi yang baru dilahirnya kini sedang mendapat rawatan di HSB kerana pendarahan pada rahim.
PETALING JAYA: “Ikutkan hati, saya mahu pergi wad dan tampar saja
wanita itu. Tapi atas sikap profesional, saya batalkan niat itu,” kata
Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Jabatan Obstetriks &
Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Murizah Mohd Zain.
Dia merujuk kepada seorang wanita yang ditahan kerana mengerat lapan
bayi yang baru dilahirnya sebelum membuang ke dalam tangki najis.
Suspek sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah kerana mengalami pendarahan pada rahim.
Bayi malang itu dikerat menggunakan objek tajam di bahagian kepala,
dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri
serta tangan kanan dan kiri.
Kesemua lapan bahagian itu telah ditemui. Wanita itu dikatakan melahirkan bayi dengan cara berdiri.
Menurut polis, suspek adalah anak tunggal, tidak bekerja dan masih belum berkahwin
“Apa yang dilakukan wanita itu amat kejam, lebih teruk daripada
binatang,” katanya yang juga Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA) cawangan Alor Star.
Dr Murizah berkata, dia tidak boleh membayangkan bagaimana seorang manusia dapat bertindak sekejam itu.
“Tindakan wanita tersebut sudah melampaui batas kebinatangan kerana
binatang pun tidak akan melakukan perkara seperti itu ke atas insan yang
lahir dari rahimnya.
“Jika betul dia waras ketika melakukannya, maka saya menyeru supaya
dia dihukum dengan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada yang
lain,” katanya.
Dr Murizah berkata, keadaan masyarakat sudah terlalu teruk, apatah lagi apabila zina sudah berleluasa.
“Mungkin inilah implikasi daripada perbuatan zina. Dalam keadaan
seperti ini saya amat yakin perkara yang boleh mengubati gejala ini
adalah hukuman keras yang disaksikan umum.
“Ini supaya menimbulkan kegerunan dalam hati yang melihatnya. 100
kali sebatan dan rejam sampai mati di khalayak ramai adalah satu didikan
yang paling baik untuk masyarakat yang semakin rosak,” katanya seperti
dilaporkan ismaweb.net.

No comments:
Post a Comment