Friday, July 10, 2015

“Mohonlah agar dosa kita diampunkan”-Najib

 | July 10, 2015
Najib memesan agar semua umat Islam bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keberkatan malam Lailatul Qadar
najib_comt_600
PETALING JAYA: Sempena 10 Ramadan terakhir, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia daripada berhenti menyebarkan fitnah dan kebencian serta terus beristiqamah melakukan amal ibadat.

Pesanan tersebut disampaikan dalam laman web beliau, najibrazak.com
“Mohonlah agar dosa kita diampunkan dan bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan keberkatan malam istimewa ini kerana ia mungkin malam Lailatul Qadar kita yang terakhir,” kata-katanya di dalam laman itu.

Ulasnya lagi, malam Lailatul Qadar merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam kerana ia penuh rahmat dan nikmat besar daripada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment