Suspek yang ditahan polis juga boleh berkata apa sahaja untuk melepaskan diri mereka
GOMBAK: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa
kenyataan peguam kepada tertuduh kes curi telefon bimbit di Low Yat
mempunyai niat terselindung dengan menuduhnya menipu.
Beliau berkata demikian selepas mengulas mengenai tuduhan Mohd
Khairul Azam Abdul Aziz, salah seorang peguam kepada Shahrul Anwar Abd
Azizi, 22, mendakwa Khalid tidak menceritakan kejadian sebenar kepada
media.
“Peguam itu mempunyai niat jahat. Seorang peguam yang bijak tidak
akan berbuat begitu,” katanya dalam satu sidang media selepas
melancarkan Kempen Ops Selamat di Toll Plaza Gombak.
Tambah Khalid suspek yang ditahan polis juga boleh berkata apa sahaja untuk melepaskan diri mereka.
“Sekiranya anda hendak percaya seseorang yang telah dituduh positif dadah dalam air kencing, maka teruskanlah percaya.
“Mereka ada hak untuk kata mereka tidak salah,” jelasnya.
Sebelum ini Khairul Azam mendakwa, Khalid membuat kenyataan bahawa
salah seorang anak guamnya berbohong dengan mereka cerita kononnya telah
ditipu dengan penjual telefon bimbit dan kemudian dipetik oleh bloger
FMT

Siapa yang buat silap[ mengaku sahajalah, menegakan benang yang basah akan terus mencemarkan kredibiliti sendiri dan pasukannya.
ReplyDeleteSemua orang tertakluk kepada undang-undang.