Wednesday, July 15, 2015

Kenyataan peguam suspek curi telefon berniat jahat-KPN

 | July 15, 2015
Suspek yang ditahan polis juga boleh berkata apa sahaja untuk melepaskan diri mereka
igp+thief
GOMBAK: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa kenyataan peguam kepada tertuduh kes curi telefon bimbit di Low Yat mempunyai niat terselindung dengan menuduhnya menipu.

Beliau berkata demikian selepas mengulas mengenai tuduhan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, salah seorang peguam kepada Shahrul Anwar Abd Azizi, 22, mendakwa Khalid tidak menceritakan kejadian sebenar kepada media.

“Peguam itu mempunyai niat jahat. Seorang peguam yang bijak tidak akan berbuat begitu,” katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan Kempen Ops Selamat di Toll Plaza Gombak.
Tambah Khalid suspek yang ditahan polis juga boleh berkata apa sahaja untuk melepaskan diri mereka.
“Sekiranya anda hendak percaya seseorang yang telah dituduh positif dadah dalam air kencing, maka teruskanlah percaya.
“Mereka ada hak untuk kata mereka tidak salah,” jelasnya.

Sebelum ini Khairul Azam mendakwa, Khalid membuat kenyataan bahawa salah seorang anak guamnya berbohong dengan mereka cerita kononnya telah ditipu dengan penjual telefon bimbit dan kemudian dipetik oleh bloger
FMT

1 comment:

  1. Siapa yang buat silap[ mengaku sahajalah, menegakan benang yang basah akan terus mencemarkan kredibiliti sendiri dan pasukannya.

    Semua orang tertakluk kepada undang-undang.

    ReplyDelete