KUALA LUMPUR - Selepas dua pegawai kanan anak syarikat Majlis Amanah
Rakyat (Mara) Incorporated direhatkan pada awal bulan ini, kini giliran
Tan Sri Annuar Musa pula apabila kontraknya sebagai pengerusi agensi
kerajaan itu ditamatkan pada 17 Julai lalu.
Perkara itu diakui sendiri Annuar sambil menjelaskan beliau masih menunggu status kontraknya sama ada disambung atau sebaliknya.
"Ya, kontrak saya berakhir pada 17 Julai, pada hari raya pertama, kalau nak diikutkan kontrak saya sudah tamat kerana tarikh pelantikan saya adalah pada 17 Julai 2013," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Ketika ditanya pemberita tentang surat tawaran baharu bagi penyambungan kontrak jawatan tersebut, Annuar berkata beliau masih belum menerima sebarang berita.
"Belum, masih ada belum ada apa-apa surat tawaran," ujarnya.
Dalam masa sama, beliau turut menafikan isu kontraknya itu mempunyai kaitan dengan kontroversi pembelian hartanah Mara Inc di luar negara.
Sebelum ini, Mara Inc didakwa membayar RM27 juta lebih tinggi dari harga pasaran semasa dalam pembelian hartanah di Melbourne, Australia.
Terdahulu, akhbar The Age mendakwa pegawai-pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan RM65 juta dana awam untuk membeli sebuah blok apartmen Dudley International House dengan membayar harganya RM13.7 juta lebih tinggi.

No comments:
Post a Comment