9 Julai 2015
VIETNAM - Polis Vietnam sedang memburu seorang lelaki yang didapati membiarkan seekor anjingnya menunggang motorsikalnya di jalan raya.
Aksi lelaki itu diketahui luas oleh publik berkat rakaman video yang diunggah di Youtube.com. Di video itu, si lelaki hanya mengenakan seluar pendek dan baju, duduk bersama anjingnya di atas motorsikal.
Mulanya lelakiitu menunggang motorsikal, sementara dua kaki anjingnya berada di stereng motorsikal. Ia kemudian melepaskan pegangannya dan membiarkan anjingnya berdiri di depannya untuk mengambil alih kemudi.
Polis Vietnam mengatakan, mereka berusaha mengenalpasti lelaki itu. Jika tertangkap, lelaki itu akan dikenakan denda sebesar 230 dolar Amerika kerana telah melanggar undang-undang.
Seorang polis lalu lintas Vietnam, Nguyen Van Quy, mengatakan lelaki itu akan digantung lesen memandu dan motorsikalnya akan disita selama satu minggu.
Lelaki itu juga boleh menghadapi tambahan denda sebesar 10 dolar Amerika jika didapati tidak mengenakan helmet.
TRIBUNNEWS.COM /Youtube

ini barula POLIS!
ReplyDelete