Thursday, July 9, 2015

Lelaki Dicari Polis Gara-gara Biarkan Anjingnya Menunggang Motorsikal. Video

 9 Julai 2015

  VIETNAM - Polis Vietnam sedang memburu seorang lelaki yang didapati membiarkan seekor anjingnya menunggang  motorsikalnya di jalan raya.

Aksi lelaki itu diketahui luas oleh publik berkat rakaman video yang diunggah di  Youtube.com. Di video itu, si lelaki hanya mengenakan seluar pendek dan baju, duduk bersama anjingnya di atas motorsikal.

 Mulanya lelakiitu menunggang motorsikal, sementara dua kaki anjingnya berada di stereng   motorsikal. Ia kemudian melepaskan pegangannya dan membiarkan anjingnya berdiri di depannya untuk mengambil alih kemudi.

Polis  Vietnam mengatakan, mereka berusaha mengenalpasti lelaki itu. Jika tertangkap, lelaki itu akan dikenakan denda sebesar 230 dolar Amerika   kerana telah melanggar undang-undang.

Seorang polis  lalu lintas Vietnam, Nguyen Van Quy, mengatakan lelaki itu akan digantung lesen memandu  dan   motorsikalnya akan disita selama satu minggu.

 Lelaki itu juga boleh menghadapi tambahan denda sebesar 10 dolar Amerika   jika didapati tidak mengenakan helmet.
 TRIBUNNEWS.COM /Youtube

1 comment: