Insiden berkenaan turut tersebar di media sosial. - Gambar Internet
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung
kes tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di
Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad
berkata, sekumpulan lelaki itu memecahkan peralatan di dalam kedai
berkenaan selain turut memukul pekerja kedai itu.
"Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah
seorang daripada mereka ditahan pengawal keselamatan kerana didakwa
mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.
"Kerugian dianggarkan RM70,000," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh.






No comments:
Post a Comment