
KUALA LUMPUR: PAS Selangor dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulamak (MSU) telah memutuskan agar hubungan tahaluf siasi dengan DAP dibatalkan.
"Kami juga dimaklumkan bahawa pelaksanaan keputusan ini telah
diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) menurut kesesuaian
dan keperluan politik semasa," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk
Iskandar Abdul Samad.
Oleh yang demikian, katanya PAS Selangor akan meneruskan kerjasama dan hubungan sehingga menerima arahan rasmi daripada JKPP.
"Kami juga ingin menjelaskan bahawa hubungan dan kerjasama di dalam
kerajaan adalah berdasarkan jawatan-jawatan kerajaan seperti exco, Ahli
Dewan Negeri, ahli majlis dan ketua kampung, maka akan diteruskan demi
menjaga amanah rakyat yang diterima pada PRU13," jelasnya yang juga Naib
Presiden PAS dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 12/7/2015
No comments:
Post a Comment