Friday, July 10, 2015

Menumpang belajar di bawah lampu McDonald

  10/7/15

Belajar diterangi lampu logo McDonald, bocah ini bikin haru netizen

 Seorang mahasiswa kedoktoran di Filipina, Joyce Torrefrace,  membuat hiba netizen kerana dia, telah memotret dan memposting foto seorang kanak-kanak lelaki yang duduk di bawah sinar lampu logo restoran    McDonald, demi menyelesaikan pekerjaan rumah yang diberi gurunya.

Dikutip dari akhbar Daily Mail, Khamis 9/7/15 , kanak-kanak tersebut,  Daniel Cabrera  berasal dari keluarga miskin, dan hanya tinggal dengan ibu serta adiknya di sebuah pondok kecil yang telah terbakar. Ayahnya sudah meninggal dunia ketika mendekam di penjara.

Daniel kini berusia sembilan tahun dan belajar di dalam tahun  tiga sekolah rendah di Kota Mandaue, Cebu, Filipina. Kesian, kanak-kanak ini tidak dapat menikmati masa kecilnya seperti anak-anak lain yang seusianya dengan bermain bola, melainkan hanya tekun belajar.

"Saya tidak pernah menduga yang foto tersebut dapat berdampak besar, saya sangat berterimakasih bagi semua yang sudah menyebarkannya, semoga kita semua dapat membantu Daniel dalam meraih impiannya," tulis Joyce dalam akaun facebook   miliknya.
Seorang lagi yang pernah bertemu dengan kanak-kanak tersebut ialah Giomen Probert Ladra Alayon.
Giomen mencerita bagaimana Daniel memberi inspirasi kepada dirinya berfikir untuk tidak menghambur-hamburkan wang demi kenikmatan yang hanya sebentar.

"Rajinnya Daniel membuat pertanyaan kepada diri kita, kanak-kanak  dengan keterbatasan tempat belajar seperti Daniel  boleh lakukan, mengapa kita harus mengeluarkan wang berlebih? hanya untuk belajar di sebuah restoran eksklusif dengan memesan secawan kopi yang mahal," tulisnya dalam laman akaun sosial media tersebut.

Kerana foto-foto tersebut, netizen Filipina merasa tersentuh. Kini mereka telah menggalang dana demi pendidikan anak tersebut.

 Menurut Iris Prak, pengurus restoran McDonald tersebut memberitahu bahawa Cabrera, ibunya dan adiknya Gabriel, 7 sering berada di lokasi berkenaan untuk meminta sedekah.
 
"Selalunya mereka meminta air, jadi kami berikan mereka air," kata Prak yang juga membenarkan Cabrera untuk 'tinggal' di lokasi berkenaan.
 
Menurut beliau, adik-beradik tersebut sering belajar di bawah lampu restoran berkenaan kerana rumah mereka musnah dalam kebakaran.
 
"Daniel mahukan permainan. Saya beritahu dia, jika beliau mendapat markah tinggi, kami akan berikan dia dan adiknya permainan," jelas Prak.
 
Salah seorang guru Cabrera menyifatkan kanak-kanak berkenaan sebagai 'anak yang gembira'.
 
"Beliau juga pintar dan selalu menjawab soalan semasa perbincangan," kata Rosalina Detuya.




View image on Twitter


I applaud for its relevance. This kid is Daniel Cabrera who teaches usna aral muna over everything.

No comments:

Post a Comment