KUALA KRAI - Seorang lelaki yang baru berpisah dengan isterinya ditemui
mati di rumahnya di Blok Pasir Puteh, RPT Mengkebang, pagi semalam.
Mayat mangsa ditemui ibunya yang kemudiannya memaklumkan penemuan tersebut kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, hasil semakan mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Menurutnya, kelmarin (23 Julai), mangsa ada menelefon bekas isterinya dan sempat berpesan supaya menjaga diri.
“Lelaki ini berpesan kepada isterinya 'mu jaga diri elok-elok, aku dah nak mati’.
“Pesanan tersebut dibuat lelaki berusia 23 tahun itu kira-kira jam 10.30 malam,” katanya kepada Sinar Harian.
Abdullah berkata, mangsa mengalami kemurungan selepas berpisah dengan isterinya, warga Thailand yang bekerja di sebuah kedai makan di Kota Bharu.
Katanya, mangsa yang berkahwin tiga tahun lalu tidak dikurniakan cahaya mata.
“Tiada tanda berlaku pergelutan dan hanya terdapat kesan lebam di bahagian leher mangsa.
“Mangsa tidak ada berselisih faham dengan sesiapa sebelum kejadian, dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan,” katanya yang turut memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
No comments:
Post a Comment